Logo dan warna Melaka_United_F.C.

Logo

Melaka United mempunyai satu lencana utama sebelum ini. Lencana pertama ini, telah digunakan oleh kelab dari zaman penubuhannya di mana lencana ini mempunyai gambar Pokok Melaka yang merupakan logo terkenal berkenaan penubuhan negeri Melaka dan logo berkenaan telah digunakan lebih dari setengah abad. Setelah kejayaan kelab ke liga tahap dua, mereka memulakan usaha untuk memodenkan pasukan dengan menggantikan logo lama dengan logo baru yang lebih terkini sebagai logo baru kelab.

Warna

Melaka United selalu menggunakan warna hijau dan putih untuk baju sebagai kit tuan rumah di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka selain warna ini berbeza dan jarang digunakan oleh pasukan-pasukan lain dalam liga di Malaysia.

Warna kit pasukan Melaka United ketika bertandang ke tempat lawan pula adalah variasi dari warna putih dan hijau ataupun pelbagai kombinasi warna biru, merah, dan kuning di mana warna berkenaan melambangkan warna-warna dari bendera Melaka.